21 December 2011

Drama Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia





Selepas berakhirnya drama Tentang Dhia, slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi drama bersiri penuh emosi, Gemersik Kalbu yang menampilkan lakonan hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

Kepada penonton setia slot Akasia, jangan lupa mengikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

2 comments:

Juliet_iRa~" said...

wahh tak sabar nk tgk!

mmg pernah bc novel gemersik kalbu tu...:))

wani mohd said...

tulah..tapi tengok episod satu haritu macam tak best jer...