03 November 2012

Dapat Ubat Free..

pakwe aku kan ma..(medical assistant)..haritu jumpa, dia bagi la ubat2 ..yela makwe dia kan selalu tak sihat..aicecehh...hehe..

aku: nanty jangan lupa tau tulis function setiap ubat tu apa..
dia: yela..nty org tulis..
aku: fuhh, bangga ar org dpt ubat dri pakwe sndri
dia:tak de apa la..
aku: nty kat ubt tu tulis tau kpd sape..
dia: yek, nty org tulis ea..

bila jumpa jer...

dia: tu ubatnyer...
aku: wau..byk nyer..ubat sakit perut, muntah,gastrik,ubat luka..panadol..nape nape kita wani jer awk letak?
dia..ok la tu..
aku: letak la nor hazwani binti mohammad..=(





p/s: ubat sakit hati jer dia tak bagi..kihkih..

Bertahun tidak Ketemu

dah bertahun aku tak update blog aku ni..ni sebenarnya entry lama, tapi renew balik...haha..macam renew lesen moto lak..bulan Julai tahun ni (2012 la)...aku ada jumpa kawan sekampung aku..Cik Nurul Ain Misman..

dah lama dah aku kawan dengan dia ni..sejak darjah 2 aku sekelas ngan dia..petang2 pas balik sek agama kdg2 aku akan pergi rumah dia..agak kamceng jugak ar aku ngn mak ayah dia..(hehe, yeke ek??))..pastu kalo sabtu ahad konon2 study sama2 la..padahal ....beselah la kan..kaadang2 ada gado gak ar..lagi satu kalo korang nak tahu aku selalu gila tiru dia kerja sekolah sebab kan kan kan...dia memang akan siap kerja sekolah dia lagi2 subjek BI..aku ni ngok sikit BI..haha..kelakar tol la kalo ingat balik..

masa form 4 aku pindah SMKAS..Tapi kalo aku cuti sekolah, aku tak pernah missed pergi rumah dia..bergosip la ape lagi..banyak jugak kisah aku dia tahu..hehe..last aku jumpa dia masa dia nak periksa STPM tahun 2009 tak silap aku..pastu tak jumpa dah..

dengan ada nyer FB kitaorang dapat la contact balik...kitaorang set date pun last minute..hehe..dia dah kerja dah...kitaorang set nak jumpa kat Masjed Jamek..pastu kitaorang pi times square...tak beli pape pun cuma cuci mata...


itu dia...hehe

disebabkan Ain dah kerja, dia la kena belanja..haha..


gunalah Touch n go..tak pyh beratur panjang...
pasni ada masa kita jumpa lagi tau...


22 October 2012

12 July 2012

Si Rendah dan Si Tinggi


Kadang-kadang pasangan hidup kita ni tak semestinya sempurna seperti yang kita mahu. Mungkin si dia tak sekepala dengan kita. Atau mungkin si dia tak sama keupayaan fizikal dengan diri kita sendiri. For sure, mesti akan ada something yang kurang supaya hidup kita saling lengkap-melengkapi. 

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir."
(ar-Ruum:21)

Rahsia Milik ALLAH

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥

01 July 2012

Hari Terakhir di UTM Skudai

ni kena taip laju2 sebab mata dah mengantuk sangat ni..hari yang penuh kepenatan selepas seharian berjalan di JB, Plaza Angasana sebab ada Jom Heboh , ke Danga Bay dan last ke Hutan Bandar Mutiara Rini..

korang tengok jela pic kat bawah ni ea...


Hutan Bandar ,Mutiara Rini




Di Danga Bay
Aqasha Deejavu di Kinabalu..Jom Heboh

28 June 2012

Tiada lagi PSM

Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama satu tahun bersamaan 2sem, akhirnya aku akan tinggalkan PSM (Projek Sarjana Muda) ni..lega rasa hatinya..aku baru lepas viva tadi pukul 8.55 pagi hingga 9.10 pagi..

Supervisor aku adalah PM Dr Munira Ismail..beliau banyak tolong aku betulkan grammar la, bagi opinion la..examinar aku lak Puan Shazirawati dan Chairperson aku adalah lecturer aku time subjek Numerical Methods dulu iaitu Sir Che Rahim Che Teh..

aku amek numerical..tajuk thesis aku tak de lah sepower macam kawan2 aku yang lain..Numerical Solution for One-Dimensional Heat Equation using Finite Difference Method..macam2 tekanan masa nak wat psm ni..give up, nangis , strees dan jerawat naik tu jangan citer la..mudah2an semua tu berbaloi la..insyaallah petang ni pergi print dan jilidkan muku..tinggal prosiding jer sebelum semua nya berakhir..seriusly, rasa lapang gila hati ni..

to my friends yang tak settle lagi tu..all the best tau!!

 ni buku simposium jabatan matematik..ada abstract kat dalam ni..serba ringkas pasal thesis kitaorang semua..

itu abstract aku ler tu..hehe..


p/s: tak sabar nak tunggu hari Sabtu..nak pergi jalan2 sebelum tinggalkan UTM Skudai..

25 June 2012

Felda Residence Hot Spring , Sungai Klah

salam semua...
alhamdulillah exam final aku dah settle mingu lepas..hehe..lega la juga..sebelum start final hari tu aku ada pergi holiday ngan family aku kat Felda Residence Hot Spring , Sungai Klah..Dalam sejam lebih juga la perjalanan dari KL..semua pergi,kitaorang pergi 2 kereta..dah lama tak pergi bercuti sama2 lagi sejak ayah dah tak de kan..sebenarnya dah lama akak aku plan nak pergi, akhirnya dapat gak family kitaorang pergi kan..

dalam pukul 2 kitaorang pun sampai kat situ..lawa gila pemandangan kat situ..seriusly, kalo la tempat ni ada kat dalam felda aku..fuhh..tak nak dah aku keluar dari kg..hehe..


akhirnya sampai kat tempat penginapan kitaorg ataupun dipanggil vila..vila ada dapur, tab mandi dan kolam kat luar vila..kolam tu boleh disetkan untuk nak berendam pakai air panas atau air sejuk..aku mestilah prefer air sejuk..huhu..lawa tak??..kalo kat umah aku nanty ada ni, msti best..

ni adik aku ngan anak sedara aku..ah teruja kan dioarng ni mandi kat tab mandi ni..feel orang kaya2..hehe..toilet dia pun bersih jer..

pastu dalam pukul 3, family aku pun turun ke kolam air panas berhampiran villa kitaorang..

 tempat merebus telur..suhu dia tak silap dalam 80`C..




 pas balik dari kolam air panas tu, kitaorang sambung mandi kat kolam luar villa kitaorang..


malam, selepas solat magrib dan bacaan yassin untuk arwah ayah kitaorang continue ngan wat bbq la..tengokla tukang kipas ayam tu..haha..sebelum bertolak ke situ, kitaorng singgah Giant jap beli sosej, ayam dan burger..nak tahu tak , akk aku lupa bawa anak lesung..yela, nak wat rempah2 untuk bbq mestilah kena blender atau tumbuk kan..nasib bek la otak abg ipar aku bergeliga..dia pi amek batu kat luar villa and then sarung ngan kertas dan plastik..pastu dia ketuk la serai semua tu..bijak abg ipar aku ni..haha



kitaorang kat sana dari hari ahad sampai isnin jer..sewa sehari RM600..Akak aku yang sposor..esoknya kitaorang pun balik..sebelum balik sempat la juga anak dara  ni berposing..

24 June 2012

Selepas 3 Tahun di UTM Skudai

masa berlalu dengan cepat sampai aku tak sedar , dah 3thun rupanya aku kat sini..macam2 aku dapat kat sini..berkawan, jumpa kawan sekepala, tak sekepala..bergado, berbaik..kecik hati..sensetif(aik)..pening kepala dengan test, final exam, assingment di mana paling nak nangis wat assingment modelling yang sangat menguji tahap kesabaran dan keimanan..dan PSM( Projek Sarjana Muda) yang aku rasa...ish2...akhirnya 3tahun..

p/s
:rindu






01 June 2012

Tak De Tajuk

saya sayang awak ,Imran...

31 May 2012

Mutiara Village Grill Steamboat Buffet

disebabkan aku tak leh tido malam ni, aku nak update blog...

makan makan dan makan..sem ni la sibuk2 nak pi Singapore la (tak jadi pun)..sem ni la sibuk nak pi makan steamboat la..aku tak paham la naper sem2 sebelum ni tak de la pulak nak wat benda ni semua bagai kan..menyesal pun ada tak dapat pi Singapore..tapi apa nak buat..tak de rezeki..bercerita pasal makan steamboat ni, Jumaat lepas aku, Eda, Ijah, Aishah dan Ami pi makan steamboat area Mutiara Rini..tak jauh la dari UTM Skudai ni..kalo naik keta dalam 15min (kalo tak jammed la)...

untuk pelajar UTM diaorang bagi diskaun RM18 seorang, normal price RM20 seorang..ok la tu kan..pelbagai pilihan seafood ada macam udang, kerang..ayam, meatball..sayur2 dan paling aku suka sesangat ialah jagung!!!..aku makan 5biji kot(kecik jer jagung nya)...seriusly sedap jagung bakar tu..hehe..tapi  aku tak tahu la nape aku makan kejap jer dah kenyang..huhu...tula, makan laju sangat kot..air , nsi goreng dan aiskrim juga disediakan termasuk dalam RM18 tu..

service dia tip top..abg2 tu asyik datang jer untuk refill kuah sup dan tomyam kitaorang..memang berpuas hati la...so, meh la datang sini kalo sape yang dekat2 tu tau..tak tahu kat mana search jela kat google "Mutiara Village Grill Steambot, Skudai"..


tak tahu nak amek yang mana satu dulu ni..

proses membakar dan mencelur bermula...

kerang dan adik beradik nya,.semua segar2



makanan otw masak..