14 December 2011

IBU MERTUA VS ADIK IPAR VS MENANTU


Dah lama dah tak update blog yang usang ni kan..sibuk ngan test, PSM lagi…(ceh padahal sibuk habiskan drama korea kan )…tiba- tiba wat tajuk macam tu..???..cik wani dah nak kahwin ker..??..tak dela..just saja- saja nak mengarut meraban..korang tengok tak drama Tentang Dhia..??..setiap hari Isnin- Khamis jam 7.00pm kat tv3..??..cik wani pun tengok yg download punya..


Apa perasaan anda bila anda kahwin dengan suami/ isteri anda , ibu mertua dan adik ipar anda tak suka kan anda..??..anda semacam tak wujud jer di mata diorang…apa yang semua tak kena dimata diaorang..maybe adik ipar anda rasakan anda dengki ngn dia..dengan apa yang dimilikinya…reason nape tak suka kan anda??..maybe sebab anda bukan menantu pilihan…anda tak lawa/ tak de rupa/ tak kaya ataupun anda hanya orang kampung..sekurang2nya itu semua itu ada reason..tapi macam mana lak kalo anda tak tahu sebab apa ibu mertua dan adik ipar anda tak suka kan anda..
serius cik wani cakap, hidup anda akan sengsara..serba tak kena…anda tak tahu sebab apa anda tidak disukai..kesian sangat2 kan..kadang2 disebabkan benda tu, korang akan selalu bergaduh ngan suami/ isteri korang..

Ketahui la..sesungguhnya jangan la sesekali membenci orang lain..sekali kita benci orang, 10x orang benci kat kita..rasa diri itu sangat perfect ke apa…seseungguhnya kita tak sempuna..dan jangan la sesekali memandang hina kat orang lain..tak de apa yang akan korang dapat.. sakit hati dan sakit jiwa adalah..jangan buat orang lain macam tu..kalaupun anda berasa  anda tak menyukai akak ipar/ adik ipar atau maybe kawan2 anda..anda pikirkan lah kalo anda di tempat dia..macam mana anda rasa kalo anda dipulaukan, rasa diri terhengeh2 untuk berkawan mahupun untuk berada ditempat/ disisi keluarga suami/ isteri anda..sedih kan.??..so, jangan la Cuma memandang keburukan..sesekali pandang la juga kebaikan yang ada pada adik ipar/ kakak ipar/ kawan korang…

Dan sesungguhnya bomoh membomoh itu adalah perbuatan syirik..jangan amalkan tau..tak pasal2 orang lain yang merana..macam dalam kisah Tentang Dhia la kan..tak pasal2 ayah Dhia lak yang meninggal…kalo la anda awal2 dah tahu bakal ibu mertua/ bakal adik ipar anda tak suka kan anda, pendapat cik wani baik la anda berundur diri je sebab anda tak tahu apa yang akan jadi akan datang..sanggupakah anda menghadapi sebarang kemungkinan???…pikir2 kan lah..

p/s: sedang mencari kelemahan diri..utk diperbaiki..maafkan segala salah silap tersalah tutur kata sehingga membuat kalian pergi jauh dari aku…

No comments: