21 December 2011

Kisah Musang Jadian Berekor Sembilan di 8TV

baru lepas tengok drama korea tajuknyer " My Girlfriend is Gumiho"...gumiho tu adalah serigala jadian..mula2 tak dela suka sangat drama ni..lama2 best..jangan luper tengok tv8 kalo nak tengok citer ni tau..serius best + sweet..hehe..ni sinopsis drama ni yer....


Kisah ini bermula apabila Cha Dae Woong (Lee Seung Ki) telah melepaskan ‘Gumiho’ yang terperangkap dalam lukisan Grandma Shamshin. Dae Woong hanya menyedari kesilapan yang dilakukannya itu apabila ‘Gumiho’ yang menyerupai seorang wanita jelita muncul di hadapannya. ‘Gumiho’ bagaimanapun menginginkan kehidupan menjadi seorang wanita normal.


Dalam pada masa yang sama, Dae Woong telah mengalami kemalangan yang boleh meragut nyawanya tetapi ‘Gumiho’ tanpa berfikir panjang telah menyelamatkan nyawa Dae Woong dengan memberikan ‘marble’ musang miliknya kepada Dae Woong. Dae Woong menghargai jasa baik ‘Gumiho’ dan telah membantunya untuk meneruskan hidup dan merahsiakan identiti sebenar ‘Gumiho’.


Dae Woong dilanda dilema apabila dia menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada Gumiho. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ‘Gumiho’ diberitahu oleh Dong Joo bahawa dia terpaksa minum darah manusia dan memberi ‘marble’ musang miliknya kepada Dae Woong selama 100 hari untuknya bertukar kekal menjadi manusia.


Dong Joo yang juga merupakan seorang doktor haiwan yang mempunyai darah manusia dan makhluk lain bagaimanapun tidak memberitahu hal sebenar kepada ‘Gumiho’. Untuk menjadi manusia kekal, selepas 100 hari memegang ‘marble’ musang itu, Dae Woong terpaksa mati sekiranya ‘Gumiho’ mahu menjadi manusia selama-lamanya. Namun, adakah ‘Gumiho’ sanggup menggadaikan nyawa kekasih hati demi kehidupan yang diingininya? Nantikan kesudahan drama bersiri hebat ini!


Siri aksi fantasi komedi terkini yang dibarisi oleh pelakon hebat seperti Lee Seung Ki, Shin Min Ah, No Min Wo dan Park Soo Jin bakal menjanjikan plot dan jalan cerita yang menarik. My Girlfriend Is A Gumiho akan menemui penonton pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam bermula 2 Disember ini hanya di 8TV.






p/s: heroin dan hero dia sweet sangat..part paling best bila si laki ni cakap kat makwe dia " saya suka suka suka suka suka awak..!!!

No comments: