13 January 2016

Throwback 2015

Alhamdulillah 2015 telah melabuhkan tirainya..sekarang dah masuk tahun 2016..pejam celik aku pejam celik lagi dah 2016 dah..umur pun dah bertambah setahun..dah lebih 8 bulan jugak aku bergelar isteri..

Banyak jugak yang berlaku sepanjang tahun 2015 ni..tak kisah la sedih ke,happy ke mahupun manis still kena hadapi benda tu jugak kan..

9Mei 2015- bertukar status

Selamat bergelar isteri kepada Imran bin Ibrahim dengan sekali lafaz..alhamdulillah selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam perhubungan kitaorang (21 /7/2009-sekarang) almost 6tahun bukan mudah..syukur kehadrat Ilahi atas nikmat ni dan aku amat2 bersyukur dikurniakan suami seperti dia..thanks for everything sayang..


12 May 2015- Honeymoon

Kitaorang pi honeymoon 3hari 2bulan di Berjaya Tioman Beach Resort,Pahang..best sangat2..itupun atas rekomen tunang adik aku..best gila dan sangat berpuas hati dengan pakej yang kitaorang amek..hihi..

6 Jun 2015 - Majlis Bertandang

Majlis bertandang sebelah suami di Felda Palong..kitaorang suami isteri pjj (perkahwinan jarak jauh) so sebulan pas honeymoon baru dapat jumpa..dia pun kena kerja straight sebab cuti dah lama kan..aku pun kena la simpan cuti..hihi..lega sebab semua dah settle pasal kahwin..pas kahwin basuh periuk..bestnya kat belah laki aku ni,mak mertua aku suh yang laki2 tolong basuh periuk..aku yang perempuan ni basuh pingan2 yang kecik jer

11 Jun 2015- Masuk Rumah Baru

Alhamdulillah selepas menunggu lama nak dapat kunci rumah yang suami beli,pas kahwin dah dapat kunci..excited gila bila dapat kunci pas kahwin ni..walau time tu tak tahu lagi bila dapat duduk situ..hihi

7 September 2015

Badan rasa lain macam..ingatkan sebab letih denhan warehouse Guardian..tertiba hati ni terdetik nak wat urine test..masa nak tunggu result dia hati ni terketar2 kot..sebab sebelum ni pernah dah buat UT ni tapi resultnya negatif..pas beberapa minit tunggu,alhamdulillah ,i'm pregnant...syukur Ya Allah..masa ni dalam 4++ weeks..

10 Oktober 2015

Suami aku kena buat post basic di Ulu Kinta ,Ipoh Perak selama 6bulan..dari awal September 2015-Februari 2016..sedih?? Gila tak sedih..tapi tu memang impian dia nak wat post basic dulu sebelum mintak transfer ke Kuala Pilah..dan alhmadulillah rezeki dia dapt tahun lepas..so melawat suami sambil jalan2 la kekdahnya..pi Ipoh naik ets yer..naik kat KL Sentral turun kat KTM Ipoh..tambang RM 25++..2jam setengah..banyak tempat jugak suami aku bawa..
 


22 Oktober 2015

Buat buku pink..hikhiks..nervous uoalss..first time kan..masa ni tak silap 10++ weeks kot..dan dapat scan perut


16 November 2015- Dinner Guardian

Ni dah tahun ketiga kot aku pergi dan maybe yang terakhir..haha..yang pergi tak ramai pun tak macam sebelum2 ni semua pergi..dan tahun ni tak semeriah tahun2 sebelumnya

Ini jela serba sedikit throwback kisah hidup aku sepanjang tahun 2015..harapan aku untuk tahun 2016 ni,hidup aku dan family aku semakin baik dan dilimpahi kebahgian dunia dan akhirat..tak sabar nak duduk dengan husband..huhu..

No comments: