27 March 2012

Mas Kahwin di seluruh Malaysia

ni sesiapa yang nak kahwin tak lama lagi, meh aku share kat korang info pasal jumlah mas kahwin ikut setiap negeri yer..untunglah..Johor dan Pahang paling murah..Johor only RM22.50 (aku anak Johor yer)..


26 March 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya Secara Live Semasa Rancangan Propaganza


Awal siap bagi bear yang sangat2 besar lagi..ko ada..??..wah..so sweet..

25 March 2012

status geram

ok fine..ada aku kisah..aku dah penat nak jaga hati ko..ko ingat ko sorang je ada hati dan perasaan..uekkk..

status: aku ngah emo!!

19 March 2012

Apa Itu Nikah Gantung?



Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian. 

copy paste from Gempak.Org

18 March 2012

Sanggupkah..???



Aku TERIMA NIKAHNYA si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”
Bunyi macam MUDAH?
>>> MAKSUD sebenarnya :

“Aku TANGGUNG DOSA-DOSA si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari DEDAH AURAT hingga ke tinggalkan solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku..jika GAGAL, maka aku fasik, dayus & aku RELA MASUK NERAKA, aku rela malaikat Zabaniyah MELIBAS aku hingga pecah badanku..” 

17 March 2012

Minggu Banyak Assingment

tengok kat atas..dah nampak kan..??..ah..minggu ni banyak gila assingment dan test yang berderet2 menunggu untuk distudikan ..apakah maksud itu?..tak paham sudah..bz2 pun sempat lagi update ker???..haha..biarlah..nak lepaskan gian...semalam berpenat- penatan settlekan assingment usahawan dengan interview bagai..nanty aku cerita pasal interview tu bila semua dah settle ea...

tapi plan still plan..mudah2an semua akan berjalan seperti yang dirancang..my incik MA sekarang dah ditukarkan ke Hospital Jelebu, Negeri 9..haritu dia ppw kat Serdang..nampaknyer makin jauh la kitaorang..huhu..berserah..aish..

dikesempatan ni aku nak ucapkan tahniah kepada 2orang kawan aku..si nurse cantik manis Cik Ain Musa coz dah nak keje atau bakal menjadi nurse tak lama lagi di KL...dan kepada Azma yang akan berkahwin minggu depan ..Selamat Pengantin baru dear..semoga hubungan yang dibina akan berkekalan selama2nya..amin..hadiah yang peti ais ko  mintak tu, ko mintak kat Im ea..hehe..

p/s: matlamat minggu ni nak wat PSM(projek sarjana muda aka thesis)...all the best sume kawan2 aku..

14 March 2012

~ FOR GEGIRL & BOBOY ~ PRE ORDER ETA END MARCH


I'm Beauty & I know it *small cutting RM20/pc 

I'm Handsome & I know it *small cutting
RM20/pc

SIZE :
BLACK
18m ==> Booking to Echa Nurqaseh
2y ==>
3y ==>
4y ==> Booking To Haiqal Shafiq
5y ==>
6y ==> Booking To Amie Rais
 

JUMPING BEANS ~ GIRL ~

A ==> 3-6m, 6-9m, 9-12m, 12-18m, 18-24m
B ==> 3-6m, 6-9m, 9-12m, 12-18m, 18-24m
C ==> 3-6m, 6-9m, 9-12m, 12-18m, 18-24m

RETAIL PRICE : RM30
MIX WHOLESALE : RM27




p/s: berminat..?.sila lihat album ini Bju kanak2

Keep all these Memories Together

tahun akhir dan sem akhir..aku tahu orang lain duk sibuk study nak kuiz dan test, duk sibuk wat PSM bagai..aku jer malas nak wat tu semua..padahal tadi baru taklimat pasal PSM kan..petang ni pas taklimat TESC aku wat ea..hehe..just nak share, ni final sem kat UTM Skudai ni(amin, mudah2an)..rasa sedih tu dah datang sikit2 dah..yela, dah dekat 3 tahun ngan budak2 ni semua..macam2 kitaorang alami dan buat bersama..

pergi jalan kaki pergi fakulti, pergi test jalan kaki(tak mampu nak naik moto)..pastu makan sama2..outing sama2 pergi Jusco Taman U, pegi Giant, pegi Plaza Angsana sama2..macam2 benda kita wat sama...gado sama2 pun ada kan..tapi kita tetap macam ni juga..di kesempatan itu sem ni aku dah berazam akan amik gambar sama2 ngan korang ..haha..biarlah orang nak kata "aku pun tak paham nape diaorang amik gambar" ke apa kan..ala, walau pakai hp sony aku yang buruk tu kan..aku nak amik gambar jugak ngn korang..berKENANGAN ngan korang..

 Aishah, aku dan Ija


 gambar ni paling aku suka...

ingat kenangan ni tau...!!







13 March 2012

Quiz Cancel..

haha..lecturer aku lupa sepatutnya hari ni ada kuiz..so, next thurday bru ada kuiz..sebenarnya aku happy coz aku tak study lagi..hehe..baca buku je mata gantok..bukan salah aku.salah mata ni ah..hehe


p/s: rindu my incik MA...

09 March 2012

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar

Just nak share^^ Semoga kisah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary menjadi sumber inspirasi kita.

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar, sila baca dan fahami liku-liku perniagaan jika ingin berjaya.

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
- Tahun lahir : 1951
- Pendidikan: SPM
- Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan: AS$1,700 juta
- Ke 8 terkaya di Malaysia
- Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
- Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta: Proton Perdana
- Sumbangan sosial :

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sila Share jika kita & kawan-kawan kita ingin berjaya seperti beliau.

Sumber dari : www.inpsolutions.com
dan Persatuan Bangsa Johor:http://www.facebook.com/pbj.zulique

08 March 2012

My Buah Hati

"mak de..mak de"...itulah panggilan yang anak sedara aku panggil aku..hehe..mula2 memang la tak biasa tapi lama2 (dah msuk 3tahun) ni suka aku dengar panggilan..seriusly memang excited bila dapat dengar diorang panggil aku ngan nama tu..actually aku sekarang dah ada 2orang anak sedara..sume comel2 belaka..haha..tengoklah mak de dia kan...haha..ada kena mengena ker..??..

semua tu anak kakak aku yang sulung..yang pertama Haiqal Shafiq dan yang comel dan kiut miut kat sebelah tu nama dia Hannis Shahira...geram sangat tengok diorang..memang la bila dekat ada nyer aku geram tengok gelagat diaorang lagi2 haiqal..tapi bila jauh, alahai, fb jer la tempat aku lepaskan rindu tengok pic2 yang akan akak aku upload..huhu.

"mak de, nak susu..hauslah"..haha..itulah ayat keramat Haiqal..tengok sekarang kalo tel mesti dia tanya semua orang.."Tok Wan mana, Mak lang mana, usu mana"..yang tak boleh blah tu kan dia siap tanya uncle im dia..."uncle mana?"..haiqal2..rindu mak de kat Haiqal..tengok pic kat bawah, semua tempat dia boleh tido tau..penat sangat la tu..

Hannis dah masuk lapan bulan dah..paling best ebab masa dia lahir 22 Jun 2011 tu aku tengah praktikal kat KL..so aku ada la time akak aku dah nak bersalin..maksudnya time baru bukak bape inci..hehe..Hannis ni lahir pun time waktu tengahri..aku kat tempat kerja time tu pastu abg ipar aku hantar mms gambar baby..huhu..time tu tak dapat cam lelaki atau perempuan baby tu..tengoklah gelagat Hannis..buat aku tersenyum dan tersengih tahu tak..haha..dia dah pandai berdiri dah..

07 March 2012

No Title...

Klinik Kerajaan?


minggu lepas balik rumah ..ingatkan dalam hati nak wat kerja 2 in 1..aku nk cek darah sambil menyelam minum air lah kan.....dulu aku pernah pergi klinik  kat A sebab nak wat benda yang sama la..tapi disebabkan kesilapan teknikal, darah aku tak dapat nak proceed..aduhai, sian mak aku hantar aku ke klinik tapi tak tahu resut dia apa..aish..lain kali abg MA(medical assistant) cakap la dan explain la betul2..saya ni bukan tahu pun procedure dia macam mana nak amek darah..

pastu dah la ponteng kelas hari Isnin haritu tapi malang nyer..selepas tunggu lama la juga...MA tu cakap "kitaorang amek darah cuma hari Rabu jer dik"..datang balik hari Rabu yer"..abg, saya belajar lagi, hari ni nak balik u dah la..

"kalo macam tu, awak buatlah kat klinik berdekatan u awak..kan banyak.."..kalo la ada klinik kerajaan berdekatan u aku tak payah la aku datang situ..aish..membazir masa aku tang situ kan..

lagi satu yang aku geram kan, kenapalah masa kat kauter pendaftaran tu nurse2 kat situ tak bagitahu awal2 yang amek darah cume boleh dibuat pada hari rabu sahaja..tak kan la diorang tak tahu kot pasal benda2 tu..tanya macam2 kat aku nape datang klinik semua bagai..dah la mak aku nyer riso pasal benda ni..tak pasal2 pas keluar jer jumpa MA tu aku muka masam cakap kat mak aku..sian mak aku..

tak pasal2 my incik MA kena membebel ngan aku pasal benda ni..iyalah dia kan MA gak..huhu...aku membebel la pasal tak puas hati..tapi aku tahu tak semua klinik kerajaan macam tu..

p/s: sayang kat mak..thanks mak sanggup teman orang...bawak org..insyallah suatu hari nanty..........