sebut betul2 ea.."Pre-vey"..hehe |
Proton Preve Model Proton Baru 2012 | Model baru Proton,Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan).
Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut.
Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan
Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.
Antara ciri-ciri keselamatan yang paling menarik adalah dengan memiliki 4 AirBag bebanding 2 Airbag sahaja bagi 2 model lain yang dibandingkan.
No comments:
Post a Comment